Thursday, 28 April 2011

Biskut Hazelnut



Biskut Hazelnut

Bahan-bahan
  • 150 gm tepung gandum
  • 100 gm gula kastor
  • 85 gm mentega
  • 50 gm crisco
  • 50 gm kelapa kering
  • 50 gm kacang Hazell (dikisar halus)
  • 25 gm tepung jagung
  • 1/2 tsp esen vanilla
  • Buah ceri hijau atau merah
Cara-caranya

Pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan esen vanila & kuning telur.
Masukkan semua bahan bahan kering kecuali tepung jagung.gaul sebati.

Lepas tu masukkan tpg jagung.canai doh & terap degan acuan sesuai.

Sapu kuning telur & taruh cherry ke atas biskut. Bakar hingga kuning.

Wednesday, 27 April 2011

Biskut Suji



Biskut Suji

Bahan-bahan
  • 8 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula aising
  • 2 cawan minyak sapi

Cara-caranya

Masukkan gula dan minyak ke dalam mangkuk adunan. nPukul kedua-dua bahan ini hingga kembang dan lembut. Kemudian masukkan tepung dan kacau hingga menjadi adunan lembut. Sapu sedikit mentega pada talam bakar. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan ia sebesar 1 cm. Susun biskut di dalam talam bakar, masak 10 minit pada suhu 180'c. Setelah masak keluarkan dan hidangkan.

Badam Bermadu



Badam Bermadu

Bahan-bahan
  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula
  • 20 gm susu segar
  • 360 gm tepung
  • 150 gm badam (cincang halus)
  • 5 gm serbuk penaik
  • Gula aising (untuk hiasan)

Cara-caranya

Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan lembut. Masukkan madu, susu, tepung, badam dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bulan sabit. Susun di dalam dulang yang telah dilengser dengan sedikit mentega dan bakar 15 minit pada suhu 180'c. Tabur gula aising pada biskut sebelum dihidangkan.